Wanita Malaysia Dirogol Di India: Ada Bukti Kukuh Untuk Dakwa Tertuduh - Polis

Iklan Here
NEW DELHI: Ketidakhadiran wanita warga Malaysia yang menjadi mangsa rogol di Jaipur, India, tidak akan menjejaskan pendakwaan suspek kerana bukti yang kukuh telah diperoleh untuk mendakwanya.

"Ketidakhadiran mangsa tidak memberi kesan apa-apa kesan kepada pendakwaan. Kami telah merakamkan kenyataan mangsa di hadapan majistret di bawah seksyen 164 CrPC (Merakamkan pengakuan dan kenyataan) sebelum dia kembali ke Malaysia," menurut seorang pegawai polis seperti dipetik dalam laporan akhbar 'The Times of India'.

Mangsa berusia 30 tahun itu telah berkali-kali menceritakan insiden itu di hadapan majistret, betul-betul seperti yang diberitahu kepada polis, kata pegawai polis itu.

Menurut laporan, polis telah menjumpai kesan air mani dalam kereta di mana mangsa mendakwa dia dirogol dan polis juga merampas senjata yang dikatakan digunakan oleh suspek untuk mengugut mangsa.

Sebuah botol minuman ringan yang dimasukkan dadah oleh tertuduh supaya mangsa tidak sedarkan diri juga telah dijumpai.

Pihak berkenaan juga masih menunggu laporan perubatan dan forensik, menurut akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Polis berkata mangsa tidak dapat memberitahu lokasi tepat, tempat dia dirogol kerana suspek memandunya di sekitar kawasan yang langsung tidak ketahuinya.

Polis akan cuba mengesahkan perkara ini daripada suspek yang kini ditahan reman sehingga esok.

Menurut pegawai polis, berdasarkan bukti yang diperoleh oleh polis, insiden itu merupakan rogol yang dirancang terlebih dahulu.

Walaupun sebelum suspek membawa mangsa ke hotel untuk makan malam bersamanya, dia berniat untuk memasukkan dadah dalam minuman dan merogolnya.

"Kami telah menjumpai beberapa bukti yang tidak ragu-ragu lagi untuk membuat andaian bahawa dia merogol mangsa. Hakikat bahawa suspek membawa senjata memperkukuhkan lagi teori bahawa dia merancangnya terlebih dahulu," kata pegawai polis itu.
Tags / Kata Kunci:Jaipur , rogol

0 Response to "Wanita Malaysia Dirogol Di India: Ada Bukti Kukuh Untuk Dakwa Tertuduh - Polis"

Post a Comment