Cara Pengiraan Pointer Keputusan STPM Baharu

Iklan Here
 Cara Pengiraan Keputusan STPM Baharu


Assalamualaikum Kawan-kawan semua .. wah , mesti ramai yang tertanya-tanya cara pengiraan keputusan STPM baharu kan ? sebenarnya saya juga seorang pelajar Pra-U macam korang juga .. saya batch 94 .. dengan cara terbaru ni , banyak orang yang merungut cara pelaksaaan peperiksaaan yang MPM jalankan. tapi mari kita berfikir sejenak, mungkin MPM ingin meningkatkan prestasi pelajar-pelajar di Malaysia ini.

Adakah pengiraan seperti ini membantu para pelajar ? jawapannya hanya Allah saja yang tahu ..ok, jangan berlengah lagi kawan-kawan..  mari kita teruskan dengan cara pengiraan gred keputusan STPM Baharu ini.

Ini adalah Nilai Gred dan Markah yang sekarang.

Peratus Markah Kertas
Gred Kertas
Nilai Gred Kertas (PNGK)
80–100
A
4.00
75–79
A -
3.67
70–74
B +
3.33
65–69
B
3.00
60–64
B -
2.67
55–59
C +
2.33
50 – 54
C
2.00
45–49
C -
1.67
40–44
D +
1.33
30–39
D
1.00
0–29
F
0.00


















Ini cara kira gred purata 3 penggal.

Contoh: Pengiraan subjek pengajian Am

PA1 C+ = 2.33x29% = 0.6757

PA2 B = 3.00x22% = 0.66

PA3 B+ = 3.33x29% = 0.9657

PBS A = 4.00x20% = 0.8

So lepas tu + smua (0.6757+0.66+0.9657+0.8 = 3.1)

Jadi 3.1 adalah lingkungan markah B (3.00-3.32) jadi dapat la 3.00 pointer utk PA

ini merupakan cara pengiraan Pengajian Am . bagi mata pelajaran yang lain, bolehlah guna wajaran dibawah ni


WAJARAN. Hitunglah ikut subjek masing-masing

pengajian am sem1,2,3,pbs = 29%,22%,29%,20%

bahasa melayu sem1,2,3,pbs = 33%, 20% , 22% , 25%

pengajian perniagaan sem1,2,3,pbs = semuanya 25%

sejarah sem1,2,3 pbs = 29% , 22% , 29% , 20%

Ekonomi : Sem 1, 2, 3, pbs =  32%, 32%, 16%, 20%
             

Selepas korang kira setiap Subjek, Cuba tambah keempat2 pointer tu ( setiap subjek ) dan bahagi dengan 4 .. kenapa 4 ? sebab kita ambil 4 subjek .. yang ambil 5 subjek tu, bahagi 5 lah ya :D

Contohnya : 3.00+2.85+2.77+2.50 = 11.12

11.12 Bahagi 4 = 2.78

Pointer anda = 2.78


terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada saudara dan saudari sekalian kerana saya hanya mengambil empat subjek ini sahaja dan saya tak da wajaran bagi mata pelajaran yang lain. kawan-kawan boleh lihat dekat buku rujukan kawan2, mesti ada wajaran yang diberitahu . kalau  tiada juga, boleh terus merujuk guru mata pelajaran masing-masing . diharap dengan cara ini dapat membantu kawan2 semua cara mengira keputusan STPM Baharu ini ..

Saya sudah mendapat Result STPM Sistem baharu batch 2013 . dan result yang saya dapat tidak jauh beza dari pengiraan yang saya lakukan di atas .. selamat maju jaya ..

p/s : Cara Ini tidak semestinya betul lagi kerana MPM lebih mengetahui cara-caranya . ini sebagai langkah awal untuk mengetahui result kita :D

17 Responses to "Cara Pengiraan Pointer Keputusan STPM Baharu"

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. masih digunapakai lagi ke cara pengiraan ni?

    ReplyDelete
  4. hai kalu pengiraan utk aliran sains mcm mana ..

    ReplyDelete
  5. BM ada 5 papers pon kire mcm tu ka

    ReplyDelete
  6. Masih gunapakai ke pengiraan pointer ni?please answer..

    ReplyDelete
  7. kalau pointer bagi pa contoh: 1.8 mcm mana?...dia kira C atau C-

    ReplyDelete
  8. Kalau saya dapat pointer pada sem 1:
    Bm: A
    P.am: A-
    Sej: A-
    P.p: D+

    Pada sem 2 :
    Bm: B-
    P.am: D+
    Sej: B+
    P.p: B-

    So berapa saya perlu target untuk sem 3 bagi mendapat 3.00 pointer ke atas pada keputusan sebenar nanti.

    Dan berapa pointer saya bagi sem 1 dan 2 nie ya? Saya masih keliru mengira pointer dan saya tak dapat nak target untuk sem 3 nie. Mohon bantuan yaa 😄 terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Tq admin sebab bagi penjelasan yang baik.. boleh saya dapatkan hadiah daripada admin

    ReplyDelete
  10. Kalau pointer Pengajian Am 2. 74 macam mana pulak admin?

    ReplyDelete
  11. kalau sem 1 dapat 3:50 dan sem 2 dapat 3.25 , agak agak brapa lagi pointer utk dpat 3.50 ke atas bgi jumlah keseluruhan sem?

    ReplyDelete
  12. Kalau kira pointer sem 3 kan ada kja ksus. Jadi totalkan semua juga kh? Lps tu bahagia ksmua subjek trmsuk kja ksus?

    ReplyDelete