Selena Gomez Hamil Anak Justin Bieber?

Iklan Here
Kecoh baru-baru ini tentang Taylor Swift mengamuk kerana sahabat baiknya, Selena Gomez telah kembali bersama Justin Bieber. Tambahan dengan video pasangan ini menunjukkan latihan menari mereka yang agak tidak senonoh, lagilah ramai yang mula mengecam.

Ramai yang memuji dan menyokong tindakan Selena, ramai juga yang mengutuk dan tidak bersetuju mereka bersatu semula. Ini adalah kerana Justin Bieber sekarang sedang agresif bersikap negatif dan asyik keluar masuk penjara. Beliau juga merupakan seorang kaki perempuan khabarnya.
Namun tindakan Selena Gomez yang kembali bersama Justin telah menggemparkan para pengikut kisah mereka apabila baru-baru ini terhebahnya khabar tentang Selena Gomez sedang hamil anak kembar milik Justin Bieber. Betul ke?
Sekeping gambar sonogram yang menunjukkan bentuk 2 bentuk bayi bersama nama ‘Gomez, S’ telah tersebar dengan meluasnya diinternet. Walaupun khabar ianya adalah palsu buatan peminat fanatik kedua-dua mereka, namun ianya tetap menjadi perhatian.
Masalahnya, kalau benar sekalipun, mampukah Justin Bieber jadi seorang ayah dengan sikapnya yang masih kebudak-budakan itu?

0 Response to "Selena Gomez Hamil Anak Justin Bieber?"

Post a Comment