MH370 : Pemegang Insurans Tanggung RM 330 Juta Untuk Kos Kehilangan Pesawat MH370

Iklan Here
 MH370

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Pemegang insurans kepada pesawat MH370 bersetuju menanggung AS$100 juta (RM330 juta) kos kehilangan pesawat itu walaupun belum jelas apa yang sebenarnya berlaku, lapor Wall Street Journal (WSJ).

 MH370

Bagaimanapun, perjanjian tanggungan itu hanya untuk kos pesawat dan tidak termasuk polisi insurans hayat atau pampasan daripada syarikat penerbangan.

Dilaporkan, insurans itu terbahagi antara badan kapal dan tanggungan iaitu semua polisi komprehensif, kerugian penumpang dan pesawat serta polisi yang melindungi pesawat daripada perbuatan jahat yang dikenali sebagai Hull War dan Allied Perils.

“Bila punca kehilangan pesawat tidak diketahui, kami akan meningkatkan 50 peratus daripada nilai pesawat,” kata seorang pakar insurans.

Minggu lalu, syarikat insurans Jerman, Allianz Global Corporate & Specialty mendedahkan ia adalah syarikat insurans utama bagi pesawat MAS yang hilang berkenaan bagi polisi liabiliti dan kapal terbang.

0 Response to "MH370 : Pemegang Insurans Tanggung RM 330 Juta Untuk Kos Kehilangan Pesawat MH370"

Post a Comment